Ok. Aku nak cerita sikit tentang projek yang aku join melalui AIESEC. Untuk sesiapa yang tak pernah dengar pasal AIESEC Go Exchange Programme boleh klik sini:
Aku pilih untuk participate salah satu Global Community Development Project " Meet My Friend" yang di-organize oleh AIESEC Turki. Dalam projek nih, organizer pilih ramai of Exchange Participant (EP) dari pelbagai negara untuk beri pendedahan tentang budaya kepada kanak-kanak di Turki.
So basicly, kerja kitorang is pergi ke sekolah-sekolah di sekitar bandar Izmir untuk bagi presentation pasal negara masing-masing. Kitorang pergi setiap Selasa-Jumaat, while on the weekend ktorng (EPs) travel sama-sama!
Since aku seorang je dari Malaysia so nak tak nak kene la brush up English aku. Ada jugak 2 lagi EPs dari Indonesia tapi ktorang tak cakap dalam bahasa Melayu/Indonesia pun sebab pelik.Haha.
Serious rindu gila dengan group ktorang masa tuh. Total ada dalam 30+ EPs semua sekali.
 |
Masa ktorng travel sama-sama.
Dari kiri: Tunisia, Brazil, Algeria, Pakistan, Indonesia, Jepun, Bangladesh, Bosnia, Indonesia, Croatia, China, China
Accomodation
Sepanjang projek ni, ktorang EPs dibagi tempat tinggal. Sesetengah yang lucky, dapat tinggal dengan keluarga angkat Turki. Sesetengah tinggal dengan students yang agree untuk jadi host kitorang. Aku teringin nak duduk dengan family sebab nak rasa life diorang tapi since aku EP lelaki, diorang bagi aku duduk dengan students. Tapi hosts aku tiga-tiga serious baik so syukur jugak lah. Cuma, mmg macam students life ah, makan spagetti hari-hari..haha (kalau kat Malaysia maggi ah). ;p
|
 |
Host aku. Luar nampak macam ganas tapi baik hati.
Aku rasa in a way, selain dapat travel, aku ada contribute skali untuk negara melalui presentation-presentation yang aku buat walaupun tak seberapa. Rasa agak bangga la jugak bila students2 tu bagitau yang diorang teringin nak datang Malaysia satu hari nanti. Hihi.
|
 |
| Cikgu hidung kembang :) |
 |
| Bornova Anadolu Lisesi, salah satu sekolah yang aku pergi. |
 |
| Dalam bilik guru salah satu sekolah swasta, Camlaralti Koleji . Diorang panggil cikgu 'Hoca' (disebut Hojam) |
No comments:
Post a Comment