Saturday, 1 October 2011

Izmir

Izmir, bandar ketiga terbesar, dari segi kepadatan penduduk selepas Istanbul dan Ankara. Dekat sini, mostly diorang yang tinggal di Izmir nih lebih European style sikit compared to Turkish yang ada dekat Istanbul. So agak shocking sikit lah sebab everywhere pergi people drink, like EVERYWHERE.

Diorang Islam kononnya tapi minum. Heh.

Ok, apa ada dekat Izmir? Meh aku share sikit.

Bandar Izmir actually is a seaside city. Salah satu spot yang menarik ialah Kordon, quite beautiful lah jugak, with the interesting building yang sederet menghadap Laut Aegean. Ada seagull terbang, local people hanging out tepi laut. Orang Turki memang suka lepak lepak laid back camtu, sambil minum teh diorang (dipanggil cay) ke, minum yang haroom  tuh ke, or hisap nargile (adik-beradik shisha).

Bangunan yang ada sikit ciri  Eropah di Kordon

Alsancak district yang penuh dengan cafe 

Seberang laut sana nun is another part of Izmir city, Karsyiaka - naik through ferry
Minum petang tepi laut- breezy


Simbol Izmir ialah Clock Tower (gambar previous post), dekat Konak district .Nothing really special pun pasal monumen nih sebenarnya, cuma kalau sesiapa ke sini, tak sah lah kalau tak bergambar di sini, hehe. 
Last day @Izmir 

Maybe next post aku boleh cerita sikit tempat ak sempat layan dekat Izmir sendiri. 

Friday, 30 September 2011

Meet My Friend

Ok. Aku nak cerita sikit tentang projek yang aku join melalui AIESEC. Untuk sesiapa yang tak pernah dengar pasal AIESEC Go Exchange Programme boleh klik sini:


Aku pilih untuk participate salah satu Global Community Development Project " Meet My Friend" yang di-organize oleh AIESEC Turki. Dalam projek nih, organizer pilih ramai of Exchange Participant (EP) dari pelbagai negara untuk beri pendedahan tentang budaya kepada kanak-kanak di Turki.

So basicly, kerja kitorang is pergi ke sekolah-sekolah di sekitar bandar Izmir untuk bagi presentation pasal negara masing-masing. Kitorang pergi setiap Selasa-Jumaat, while on the weekend ktorng (EPs) travel sama-sama! 

Since aku seorang je dari Malaysia so nak tak nak kene la brush up English aku. Ada jugak 2 lagi EPs dari Indonesia tapi ktorang tak cakap dalam bahasa Melayu/Indonesia pun sebab pelik.Haha. 

Serious rindu gila dengan group ktorang masa tuh. Total ada dalam 30+ EPs semua sekali.

Masa ktorng travel sama-sama.
 Dari kiri: Tunisia, Brazil, Algeria, Pakistan, Indonesia, Jepun, Bangladesh, Bosnia, Indonesia, Croatia, China, China


Accomodation
Sepanjang projek ni, ktorang EPs dibagi tempat tinggal. Sesetengah yang lucky, dapat tinggal dengan keluarga angkat Turki. Sesetengah tinggal dengan students yang agree untuk jadi host kitorang. Aku teringin nak duduk dengan family sebab nak rasa life diorang tapi since aku EP lelaki, diorang bagi aku duduk dengan students. Tapi hosts aku tiga-tiga serious baik so syukur jugak lah. Cuma, mmg macam students life ah, makan spagetti hari-hari..haha (kalau kat Malaysia maggi ah). ;p


Host aku. Luar nampak macam ganas tapi baik hati.


Aku rasa in a way, selain dapat travel, aku ada contribute skali untuk negara melalui presentation-presentation yang aku buat walaupun tak seberapa. Rasa agak bangga la jugak bila students2 tu bagitau yang diorang teringin nak datang Malaysia satu hari nanti. Hihi.

Cikgu hidung kembang :)
Bornova Anadolu Lisesi, salah satu sekolah yang aku pergi.
Dalam bilik guru salah satu sekolah swasta, Camlaralti Koleji . Diorang panggil cikgu 'Hoca' (disebut Hojam)

KLIA-IST-ADB

Orang kata cinta pertama paling susah nak lupa. Cewah. Kira entri kali ni boleh la nak diibaratkan macam tuh.hehe.

7/2/2011. First time aku naik flight untuk ke luar negara.

Destinasi: Izmir, Turki. 
Masa: 19 jam 

Disebabkan aku terlampau sangat excited, sikit pun tak terdetik dalam hati rasa risau walaupun:

1. Aku tak pernah lagi travel jauh. Paling jauh pun KK, Sabah. Proses2 yang nak kene buat di airport agak fail.
2. Aku travel sensorang. 
3. Turki sangatlah asing pada aku. Bahasa Turki aku tahu cuma 'Merhaba' (Hi) dengan Tessekkur ederim (Terima kasih).

First flight, KLIA - IST , Istanbul Ataturk Airport via MAS. Aku rasa MAS punya service ok, not bad lah. Selalunya orang complain food served masa flight selalu tak sedap tapi aku rasa sedap je. 

Aku rasa sedap je.


 Dari KL - Istanbul ambik masa 12jam. Since flight depart dari KL pukul 12tgh malam, most of the time aku tidur je. Time difference 6jam so by the time aku sampai Ataturk Airport, time tu lebih kurang pukul 6 pagi.
Lepas lepas dari kaunter imigresen tuh, aku start panik. "Ah sudah, now what??" Aku blank nak pergi mana. Luggage dah la berat gila sebab pergi untuk 6minggu, tambah pulak barang-barang untuk projek AIESEC aku nih. 

Kisahnya, aku 'tawaf' la airport tuh dekat 2-3 kali nak faham mana direction. Nak pakai trolley tu pun aku lama berdiri tengok orang lain buat macam mana. "Owh kene pakai duit syiling Euro". haishh. 

Last2 jumpa la jugak area untuk domestic flights. Dari Istanbul - Izmir flight aku naik Turkish Airlines, cuma ambil masa 1jam lebih, and banyak flights daily. Tapi since aku dah booked pukul 11, lama la plak aku kene stay situ. Ikut hati nak je keluar tengok Istanbul tapi tak sempat.

 Alhamdullillah, sampai jugak lah Izmir Adnan Menderes Airport. 

Sepatutnya ada wakil organizer dari AIESEC Turki tapi aku cari-cari tak jumpa. Panik lagi. Nyaris laptop aku hilang, sebab masa aku sibuk tergagau cari diorang, aku tertinggal laptop aku somewhere. Nasib baik ada orang jumpa. Haih. 

Rupanya diorang tunggu dekat arrival hall A. Aku arrival hall B. Cehh. Tak kisah dah aku penat ke apa, tapi feeling lega yang amat, Allah sahaja yang tahu, hehe.

Yeay, Izmir :)

Izmir Saat Kulesi (Clock tower) 



Wednesday, 28 September 2011

Entri satu

Sebelum ni, aku teringin sangat nak pergi luar negara. Tapi rezeki belajar dekat sini, so takpelah syukur jugak. Niat nak tengok tempat orang tu terpaksa dipendam jelah dulu..

Alkisahnya, last year, masa aku tengah final year, lebih kurang dalam 6-7 bulan before habis, ada satu hari tu, aku terperasan advertisment dekat hostel aku. Poster pasal AIESEC. 

AIESEC offer International Internship. Paling kurang 6 minggu. Aku terus excited, malam tu tak boleh tidur langsung sebab adrenaline rush. Heh sampai macam tuh sekali. 

Aku pun apply. Masa tu, aku target nak dapatkan opportunity dekat Korea. Tapi kene reject sebab diorang masa tuh just ada position untuk female intern. 

Last-last aku pilih nak pergi Turki. Alhamdulillah, aku pergi 6 minggu. Dari 7/2/2001 sampai 21/3/2011. So entry2 terawal dalam blog ni aku just mention pasal tempat-tempat yang sempat aku lawat masa aku join program masa tuh. :)